Lihat Saya:-

JOM PKK...

Wednesday, February 25, 2009

Wednesday, February 18, 2009

ISTIADAT PERLANTIKAN PENGAKAP KANAK-KANAK

Seorang kanak-kanak akan disahkan sebagai seorang ahli Pergerakan Pengakap setelah melalui satu istiadat yang serupa bagi seluruh dunia. Istiadat itu dijalankan:-

- dalam perkataan dan upacara yang mudah.

- ikhlas dari segi perlantikan kanak-kanak dan pemimpin yang berkenaan.

- khusyuk (dignified) dan syahdu.

Harus diingat bahawa Pengakap akan menilai perlantikannya dari segi penampilan persediaannya dan cara istiadat itu dilaksanakan. Prosedur adalah seperti berikut:-

1. Lebih baik dijalankan di tempat luas atau terbuka.

2. Jika diadakan di perjumpaan Troop, istiadat patutlah diadakan di peringkat awal.

3. Kalau diadakan di dewan, dewan itu mestilah dibersihkan dan alatan dewan diketepikan. Tugas ini dijalankan oleh patrol yang bertugas.

4. Pemimpin janganlah menggunakan buku rujukan. Teks biasa janganlah diubah.

5. Semua yang membantu istiadat tersebut haruslah faham peranan masing-masing. Adakan raptai kalau perlu (tanpa kehadiran ahli baru itu).

6. Cadangan untuk mengadakan istiadat itu hendaklah diberitahu kepada Troop atau PEK pada perhimpunan sebelumnya dan semua keperluan hendaklah disediakan.

7. Pengakap itu patut dilantik oleh Pemimpin Kumpulan. Perlantikan adalah perkara peribadi antara Pemimpin dengan Pengakapnya.

8. Pemimpin hendaklah mempunyai tauliah.

ISTIADAT PERLANTIKAN PENGAKAP KANAK-KANAK

Istiadat melantik Pengakap Kanak-Kanak adalah seperti berikut:-

1. PEK berada dalam bulatan. AKELA berdiri di tengah-tengah bulatan. Penolong Pemimpin berdiri di luar bulatan di belakang tiang bendera. PEK berdiri dalam keadaan sedia.

2. Adik baru yang berada di luar bulatan dipanggil masuk ke dalam bulatan.

3. Ketua Sekawan yang berkenaan membawa ahli baru itu berdiri di hadapan AKELA. Selepas itu, Ketua Sekawan balik ke tempatnya.

4. Serentak dengan itu, Penolong Pemimpin masuk ke dalam bulatan dan berdiri di sebelah AKELA dengan membawa topi, sekaf dan lencana keahlian.

5. AKELA : "Adakah kamu ingin menjadi seorang Pengakap Kanak-Kanak?"

PKK Baru : "Ya, AKELA."

AKELA : "Adakah kamu bersedia untuk melafazkan Persetiaan Pengakap"

PKK Baru : "Ya, AKELA."

6. AKELA melafazkan Persetiaan Pengakap dan diikuti oleh PKK baru itu:-

"Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia, yang saya dengan seberapa daya upaya saya akan:-
- Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara,
- Menolong orang pada setiap masa,
- Menurut Undang-Undang Pengakap"

7. AKELA berjabat tangan dengan Pengakap Kanak-Kanak yang baru dan berkata:-

"Saya percaya kamu akan buat habis baik dan menurut apa yang kamu janjikan. Kamu sekarang adalah seorang Pengakap Kanak-Kanak dan seorang ahli dalam Persaudaraan Pengakap Sedunia."

8. AKELA menyematkan lencana keahlian, menyarungkan sekaf dan memakaikan topi kepada Pengakap Kanak-Kanak itu.

9. Pengakap Kanak-Kanak memberi tabik hormat kepada AKELA. Kemudian PKK itu berpusing dan memberi hormat kepada PEK. PEK membalas hormat sebagai tanda mengalu-alukan PKK (Adik baru) ke dalam PEK.

10. Ketua Sekawan berkenaan membawa Pengakap Kanak-Kanak baru itu dan memperkenalkannya kepada Sekawan itu.

11. Istiadat ini diakhiri dengan Laung Agung yang dibuat kali pertama disertai Pengakap Kanak-Kanak tersebut.

12. Sekiranya semua Sekawan adalah ahli baru, maka istiadat perlantikan diadakan dalam dua peringkat. Ketua Sekawan dilantik terlebih dahulu dan ahli lain dilantik kemudian.

Peringatan: Ibu bapa PKK baru boleh dijemput untuk menyaksikan istiadat ini.

Sunday, February 8, 2009

Rambu TANDA CEMERLANG 2017

Pengakap Kanak-Kanak Negeri Kedah Darul Aman.

Sila layari laman kumpulan ke 5 daerah pasir puteh:-

Friday, January 30, 2009

PENTARAFAN RAMBU TANDA CEMERLANG 2021

Pengakap Kanak-Kanak Negeri Kedah Darul Aman.

Proses Pengujian Lencana

1. Lencana Keahlian

2. Lencana Wajib
2.1. Ahli Renang
2.2. Penunggang Basikal

3. Lencana Kemajuan
3.1. Lencana Keris GANGSA
3.2. Lencana Keris PERAK
3.3. Lencana Keris EMAS

4. Lencana Kepandaian
4.1. Lencana Kegemaran
a. Ahli Koleksi Hobi
b. Ahli Kraf Tangan
c. Peladang Kecil
d. Pelukis
e. Pembanca Buku
f. Penghibur

4.2. Lencana Pengetahuan
a. Ahli Olahraga
b. Ahli Pasukan Permainan
c. Ahli Sains
d. Pencinta Alam Semulajadi
e. Pembaca Peta
f. Pemeliharaan Alam Sekitar
g. Pengembara

4.3. Lencana Perkhidmatan
a. Pekerja Am
b. Pengurus Rumah
c. Penyelamat Nyawa
d. Ahli Pertolongan Cemas

5. Penguji Lencana

Sunday, January 11, 2009

Undang-Undang Pengakap

1. Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai maruah dan kehormatan dirinya.

2. Pengakap adalah seorang yang taat kepada Yang Dipertuan Agong, kepada Rajanya,
Negaranya, pemimpin-pemimpin pengakapnya, ibu-bapanya, orang-orang diatas dan
orang-orang yang dibawahnya.

3. Pengakap wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong orang pada setiap masa.

4. Pengakap itu sahabat kepada sekalian dan saudara kepada lain-lain pengakap
walau apa negeri, pangkat dan agamanya sekalipun.

5. Pengakap itu baik dan sempurna budi pekertinya dan sentiasa berbudi.

6. Pengakap itu baik dan kasih kepada segala binatang.

7. Pengakap itu seorang yang sentiasa menurut perintah dan suruhan ibu-bapanya,
ketua patrolnya, pemimpin-pemimpin pengakapnya dengana tiada apa-apa soalan.

8. Pengakap itu seorang yang sentiasa sabar dan manis mukanya dalam kesusahan.

9. Pengakap itu jimat dan cermat.

10. Pengakap itu bersih dan suci fikirannya, perkataannya dan perbuatannya

Sukatan

Lencana

Tambahan

...